Friday, November 23, 2007

Hari Ketujuh

Hari Keenam

24 Nov 2007

Hari keenam..kelas bermula seperti biasa. Hari ini sesi kemahiran ICT ialah menerokai internet bagi tips kesihatan. Kelas untuk cikgu2 start pukul 11.00 pagi...sambung buat blog yang xleh nak buat malam tadi.

Thursday, November 22, 2007

Hari Kelima

23 Nov 2007

Hari ini hari kelima berada di Kem KPerak Kidz.... Pagi nie sume cikgu2 yang ada kene menyanyi... hahaha penat dibuatnya..
" Atas lantai ada meja, meja cantik tak penah lihat,
Meja atas lantai, lantai yang bersih..Hei!!"
Atas meja ada hadiah, hadiah cantik tak pernah lihat,
hadiah atas meja, meja atas lantai, lantai yang bersih..Hei!!

Panjang lagi lagunya... atas hadiah ada straw, pas2 ada water colour, botol air, stapler dan banyak lagi.... hehehe.
Hmmmm....mana Fendi nie x sampai2 lagi nie...Arini budak2 belajar Aplikasi persembahan slaid menggunakan OpenOffice.org.Impress mengenai pengalaman di Kem dan Projek Keusahawanan. Aku lak teruskan buat blog nie.. Pas makan tengahari sambung lagi pukul 2.30 petang. budak2 kene buat belanjawan projek keusahawanan.
pukul 8.30 malam..... aku masuk lambat sikit, masuk kelas tp x belajar pun. patutnya malam nie sambung lagi buat blog tp xleh nak smbung internet. lastly kami semua belajar adobe photoshop. Habis kelas masuk bilik tolong budak2 buat produk usahawan.

Hari Keempat

22 Nov 2007

Dah masuk hari keempat aku berada di kem KPerak Kidz ni..selepas bersarapan makan ketiaw goreng aku masuk kelas macam biasa.. Sesi kemahiran ICT yang dijalankan ialah aplikasi hamparan kerja..menggunakan openOffice.org.calc. Pelajar hendaklah memasukkan data rakan-rakannya di kem ini. kemudian membuat pengiraan menggunakan program yang sama. Pada waktu petang, aktiviti cabaran akademik yang dijalankan ialah hamparan kerja matematik dari internet. Aktiviti sebelah malam pula, pelajar-pelajar membuat analisa tempahan produk manakala guru-guru belajar membina blog.. benda yang aku tengah buat nie le..susah gak nak buatnya..pening pale aku. Habis aktiviti minum malam sambil sembang2 ngan cikgu Nun, ckgu dari SK Sungai Tiang ( xtau ape namanya) dan Zana..pastu masuk bilik dan tidur..

Hari Ketiga

21 Nov 2007

Hari ketiga di Kem KPerak Kidz..... Pagi-pagi lagi aku dah terjaga dek gara bunyi jam loceng yang kuat sangat. Aku terpaksa pergi dari 1 katil ke 1 katil untuk mencari bunyi jam tersebut. Aduuuhh!!! macam mane la budak nie leh x terjaga, padahal jam tepi kepala jer.
Pukul 8.30 pagi masuk kelas macam biasa. Hari ini belajar aplikasi pemprosesan perkataan dan mengarang karangan mengenai "Diri Kami". Seterusnya membuat poster pemasaran produk yang direka oleh pelajar.
Pada sebelah petang pula aktiviti cabaran akademik yang dijalankan ialah mencari karya di internet dan mencipta karya iaitu cerita rakyat. Aktiviti pada waktu malam bermula pada pukul 8.00 malam. Pelajar-palajar menjalankan aktiviti promosi produk manakala guru belajar mail merge atau sistem pamarkahan. Pukul 9.30 selesai kelas masuk bilik....tidur..ZZZzzzzzzz..

Hari Kedua

20 Nov 2007

Hari kedua di Kem Kperak Kidz....
Pukul 7.00 pagi dah mula aktiviti. Setelah bersenam bersama-sama pelajar dan fasilitator, kami sama-sama bersarapan pagi. pukul 8.30 pagi dah mula kelas. Pagi ni belajar Pengenalan Internet dan Emel. Selepas itu belajar lukisan digital menggunakan Paint..belajar membuat lukisan corak batik. Pukul 1.00 berhenti makan tengahari dan solat. Sesi seterusnya bermula pukul 2.30 ptg, aktiviti cabaran akademik iaitu kemahiran menggunakan tetikus dan juga papan kekunci. Aktiviti malam pula, pelajar dan guru-guru diasingkan. Pelajar menjalankan aktiviti luar kelas kelas manakala guru diperkenalkan dengan cara penyelenggaraan perkakasan. Pukul 9.30 malam aktiviti pun berakhir.

Hari Pertama

19 Nov 2007

Hari Isnin minggu pertama cuti...aku terpaksa menjalankan tugas. Orang lain masih sedap tidur tetapi pagi-pagi lagi aku terpaksa memandu ke sekolah. Sampai di perkarangan sekolah, aku lihat dah ada beberapa pelajar dan ibu bapa sedang menanti. Hari ini aku kena membawa pelajar ke Pusat Latihan KEMAS Sg Siput untuk Program KPerak Kidz iaitu Kem Celik ICT Sekolah-sekolah Luar Bandar dan Anak-anak Orang Asli.
Tepat pukul 9.45 pagi, aku, Firdaus dan Fendi bersama-sama 6 orang pelajar bertolak dari sekolah. Aku menjadi pemandu arah kepada Firdaus dan Fendi sebab aku je yang tahu jalan. Hampir 2 3 kali aku dan Firdaus terpaksa berhenti di tepi jalan untuk menunggu Fendi yang tertinggal jauh di belakang. Setelah sejam dalam perjalanan kami pun sampai di Pusat latihan KEMAS Sg Siput.