Thursday, November 22, 2007

Hari Pertama

19 Nov 2007

Hari Isnin minggu pertama cuti...aku terpaksa menjalankan tugas. Orang lain masih sedap tidur tetapi pagi-pagi lagi aku terpaksa memandu ke sekolah. Sampai di perkarangan sekolah, aku lihat dah ada beberapa pelajar dan ibu bapa sedang menanti. Hari ini aku kena membawa pelajar ke Pusat Latihan KEMAS Sg Siput untuk Program KPerak Kidz iaitu Kem Celik ICT Sekolah-sekolah Luar Bandar dan Anak-anak Orang Asli.
Tepat pukul 9.45 pagi, aku, Firdaus dan Fendi bersama-sama 6 orang pelajar bertolak dari sekolah. Aku menjadi pemandu arah kepada Firdaus dan Fendi sebab aku je yang tahu jalan. Hampir 2 3 kali aku dan Firdaus terpaksa berhenti di tepi jalan untuk menunggu Fendi yang tertinggal jauh di belakang. Setelah sejam dalam perjalanan kami pun sampai di Pusat latihan KEMAS Sg Siput.

No comments: